6 Zulhijjah 1436

Pada hari ini, kedua ibu bapa saya, adik saya, dan diri saya sendiri berangkat ke Makkah bagi menunaikan haji.

Mengikut jadual yang diedarkan, rombongan haji yang kami sertai akan bertolak dari King Khalid Grand Mosque, Riyadh ke Makkah pada pukul 2 petang. Sebelum kami bertolak ke masjid tersebut, kami menghantar Hannan dan Hasna ke rumah rakan mereka.

Oleh kerana kami keluar dari rumah awal, kami antara orang yang paling awal sampai. Ini kali pertama saya menjejakkan kaki ke masjid itu. Saya duduk di dalam masjid besar yang berwarna putih itu sementara menunggu bas sampai.

Sedikit demi sedikit masjid dipenuhi dengan kelibat orang-orang dari Asia Tenggara.

Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 2, kelibat bas yang akan membawa kami masih belum kelihatan. Tatkala menunggu ketibaan bas yang entah bila akan sampai, rombongan kami berkelah di bawah panas terik matahari. Pada masa yang sama, kad pengenalan haji kami diserahkan kepada kami.

12028894_472485036265206_5716366570222412624_o

Sitting on the grass in the summer heat while waiting for the bus to arrive.

12010481_472485032931873_3039411800189034426_o

Kad pengenalan saya. Beberapa orang sahaja yang ada gambar mereka pada kad pengenalan mereka.

 

Disebabkan pemandu bas sesat, kami akhirnya bertolak selepas solat Asar. Pemandangan di Lebuhraya 40 kelihatan berbeza apabila menaiki bas, seperti lagi luas. Semasa dalam perjalanan, saya terlihat sebuah kereta pacuan empat roda yang membawa muatan biri-biri menghala ke arah yang sama dengan kami.

Beberapa jam kemudian, kami berhenti di hentian sebelah untuk makan dan solat. Selesai solat, perjalanan yang masih panjang diteruskan lagi.

Bersambung…

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s