7 Zulhijjah 1436

Setelah melalui banyak pusat pemeriksaan polis, kami akhirnya tiba di tempat untuk melafazkan niat haji iaitu Miqat Qarn Al-Manazil (Al-Sail Al-Kabir). Berbanding waktu lain, kawalan polis lebih ketat semasa musim haji. Ada ketika polis akan menaiki bas untuk melihat dokumen-dokumen yang membenarkan kami menunaikan haji. Sebelum berniat haji, kami mandi dan solat sunat terlebih dahulu.

IMG_20150629_070331.jpg

Di sinilah tempat kami mengucapkan niat haji. (Gambar ini diambil pada waktu lain)

Untuk keluar dari masjid dan bergerak ke Makkah, bas yang kami naiki terpaksa melalui pusat pemeriksaan yang paling ketat. Borang haji setiap individu yang ingin menjejakkan kaki ke Makkah disemak satu-persatu dengan teliti oleh beberapa orang polis. Seorang polis juga menaiki bas dan memanggil nama beberapa orang jemaah haji (termasuk saya!) untuk membuat pemeriksaan. Selepas polis tersebut keluar dari bas, semua pintu keluar dikunci (sealed lebih sesuai digunakan untuk situasi ini) oleh pegawai polis.

Dalam perjalanan ke Masjid Al-Haram, kami berhenti seketika untuk solat Subuh di sebuah masjid kecil. Bukan mudah untuk kami keluar dari bas memandangkan kedua-dua pintu telah dikunci dari luar.

Selepas menempuh perjalanan selama 15 jam, bas kami berhenti di depan sebuah bangunan pada pukul 7 pagi. Oleh kerana bas dihalang oleh polis untuk mendekati kawasan masjid, kami terpaksa berjalan ke masjid sebelum kami dapat melaksanakan tawaf Qudum dan sa’ie.

12017575_472758946237815_2958921031546090999_o

Disebabkan kami datang dari arah bukit Marwah, kami dapat melihat tapak runtuhan kren yang berlaku 10 hari sebelum kedatangan kami.

12027357_472758942904482_4254672987754898350_o

Kelihatan pekerja-pekerja syarikat Bin Ladin membaiki kawasan yang terkena serpihan kren.

Beberapa jam kemudian, kami berkumpul semula di tempat kami diturunkan untuk pergi ke khemah kami di Mina. Malangnya, insiden bas sesat berulang lagi. Kali ini, pemandu bas tidak menjumpai khemah kami.

Saya sempat tidur sementara menunggu bas sampai di tempat penginapan kami. Apabila saya sedar, bas sudah berhenti di luar pintu masuk khemah. Dalam kedaan berpeluh, kami memunggah barang-barang kami dan membawanya masuk ke dalam khemah. Sebelum kami diberi kebenaran untuk memasuki kawasan khemah, kami menunjukkan kad pengenalan haji kami kepada pemuda-pemuda yang menunggu di pintu masuk besar.

Bersambung…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s