8 Zulhijjah 1436

Hari ini tidak sarat dengan aktiviti yang mencabar. Kami hanya berehat di dalam khemah sementara menunggu masa untuk bergerak ke Arafah.

Kawasan khemah kami agak luas. Simply put, it’s a collection of some smaller tents in a big tent area. Selain daripada khemah yang kami duduki (dan beberapa khemah untuk tidur yang lain), terdapat tandas, dapur, pejabat pengurusan, dan pantri yang dipenuhi dengan buah-buahan, air mineral, uncang teh, biskut, serta Maggi cawan.

Dua khemah disediakan untuk kami, satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan. Penghuni khemah yang saya duduki tidak terhad kepada rombongan dua buah bas yang datang dari Riyadh dan Dammam (which is the one my family and I went with). Sewaktu kami tiba semalam, terdapat sekumpulan jemaah yang telah sampai lebih awal daripada kami. Mereka ini termasuklah rakyat Malaysia yang tinggal di Jeddah dan yang datang dari Dammam dengan menaiki pesawat. Bukan rombongan kami sahaja yang berada dalam kawasan perkhemahan besar ini. Khemah-khemah kecil yang lain turut menempatkan rombongan jemaah haji yang datang dengan syarikat haji lain.

Pada sebelah pagi, kami diberikan dua utas gelang. No, it was not a bracelet from Pandora… Salah satu daripadanya merupakan pas masuk khemah manakala yang lagi satu ialah tiket tren yang dilengkapi cip radio-frequency identification reader (RFID).

Pass.png

Kiri: Pas masuk khemah, Kanan: Tiket tren

Pada waktu malam, kami berkumpul di luar pintu utama khemah sebelum bergerak ke stesen kereta api yang terdekat iaitu stesen Muzdalifah 3. Sambil berjalan, mulut kami mengucapkan talbiah. Perjalanan ke stesen hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit. Kami diiringi oleh beberapa orang sukarelawan yang berkhidmat di khemah kami sehinggalah kami selamat sampai di khemah kami di padang Arafah. Mujur semua berjalan dengan lancar.

Peta di atas menunjukkan lokasi khemah kami di Mina. Tidak jauh daripada khemah tersebut ialah stesen kereta api Muzdalifah 3.

Sejurus kami sampai, semua orang berebut mengambil selimut dan kusyen untuk kegunaan masing-masing pada malam itu sehinggalah keesokannya. Khemah kami di situ sangat besar kerana khemah yang diperbuat daripada kanvas kalis api tersebut perlu menempatkan semua jemaah haji yang menetap di lot khemah kami di Mina. Khemah lelaki terletak di bahagian hadapan, berdekatan dengan pintu masuk utama, manakala khemah perempuan terletak di belakang khemah lelaki.

#ceritaseramringkas: Khemah kami dihiasi dengan beberapa pohon kecil di dalamnya. (Sebab kalau kita tanggal dedaun di pohon-pohon itu dengan sengaja jawabnya bayar dam lah!)

Bersambung…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s