9 Zulhijjah 1436

Sarapan kami pada pagi ini ialah roti leper, keju, jem, dan buah-buahan. Mungkin biasa bagi orang lain, tapi sedap bagi saya.

Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, kami dinasihati untuk tidak keluar dari kawasan khemah yang kami diami oleh Ustaz yang mengetuai rombongan kami. Mendengar nasihatnya, kami duduk di dalam khemah sepanjang masa.

Khemah kami di Arafah terletak di salah sebuah petak di kawasan ini (tenggara titik merah).

Khutbah dimulakan sejurus masuknya waktu Zohor. Selepas itu, kami menunaikan solat berjemaah. Kemudian, kami membaca doa sendirian sehinggalah tempoh wukuf habis. Walaupun saya terpaksa berpanasan di dalam khemah sehingga air peluh tidak berhenti mengalir, saya tak nak hari itu berakhir. Jujur saya katakan, saya berasa agak sebak apabila berdiri di luar khemah untuk melihat matahari terbenam kerana hari ini sangatlah istimewa. Hal ini demikian kerana doa pada hari Arafah mustajab.

Oleh kerana tempoh wukuf sudah tamat, semua jemaah ingin meninggalkan kawasan khemah secepat mungkin. Walaupun langit belum gelap, kami sudah beratur di perkarangan kawasan khemah untuk keluar dari situ. Malangnya, kami tidak diberi keizinan untuk bergerak jadi kami solat dahulu dan tunggu di dalam khemah sehingga diberi lampu hijau untuk bergerak. Mujur pendingin hawa sudah kembali berfungsi kerana semenjak matahari naik siang tadi, kesejukan mesin tersebut langsung tidak terasa.

Perjalanan pulang dikawal ketat oleh pihak berkuasa untuk mengelakkan kesesakkan. Kami hanya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan terpaksa menunggu untuk tempoh yang lama sebelum boleh bergerak lagi. Lenguh kaki dibuatnya, tetapi bukan sebab penat berjalan, sebaliknya kerana penat berdiri lama!

Walaupun stesen kereta api dekat sahaja dengan khemah di Arafah, empat jam dihabiskan begitu sahaja sebelum kami boleh menaiki tren. Semasa menunggu tren di platform, saya diserang sakit perut. But there’s no turning back since I’ve come this far.

Dalam perjalanan ke stesen Muzdalifah 3, saya melihat banyak bas yang terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas dan kelibat orang yang berjalan ke arah yang sama dengan destinasi yang dituju oleh tren.

Saya sampai di khemah kami di Mina lebih kurang setengah jam sebelum tengah malam. Kami makan dahulu sebelum berangkat ke Muzdalifah. Pada masa ini saya sudah tidak ada selera untuk makan kerana kami sudah lewat untuk ke Muzdalifah. Saya sangka tempat itu jauh tetapi rupa-rupanya kami berjalan selama 4 atau 5 minit sahaja sebelum sampai ke destinasi. Apabila kami sampai, lautan mausia sudahpun wujud. Setelah memilih tempat dan membentangkan tikar, kami menunaikan solat Isyak.

Di sinilah tempat kami mabit semasa di Muzdalifah.

Bersambung…

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s