10 Zulhijjah 1436

Sambil duduk di Muzdalifah, kami mengutip batu di sekeliling kami dan memasukkannya ke dalam botol. Batu-batu yang dikutip ini akan digunakan untuk melontar jamrah pada hari-hari yang akan datang.

Memandangkan kami datang sekeluarga, kami hanya duduk di situ lebih kurang sejam sebelum bangun untuk bergerak ke kompleks Jamrat bagi melontar jamrah Aqabah/Kubra. Walaubagaimanapun, hasrat kami tidak tercapai kerana tren tidak beroperasi ketika itu. Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk pulang semula ke Mina.

Selepas Subuh, kami bergerak ke stesen kereta api untuk ke kompleks Jamrat. Apabila kami sampai, stesen sudah dibanjiri dengan orang yang sedang menunggu giliran mereka untuk menaiki tren. Kelihatan semua tangga untuk naik ke platform padat dengan manusia. Terpaksalah kami tunggu lagi.

Setelah menunggu untuk tempoh yang agak lama, kami masih tidak bergerak dari tempat kami di bawah tangga. Orang yang di belakang pula asyik menolak kami untuk mara ke hadapan. Oleh sebab itu, kami memilih untuk berjalan kaki ke kompleks Jamrat.

Laluan yang kami ambil sedikit berbeza daripada laluan yang ditunjukkan dalam peta di atas.

Petikan daripada tulisan Hajj: An Eye-opening Pilgrimage:

“On the 10th of Dzulhijjah, my family and I had to travel about 6km on foot before arriving at the Jamarat. I have to admit, it wasn’t that difficult for me because I have grown used to walking—although it seemed like a never ending journey at that time! I witnessed many incidents that happened along the way. I remember seeing an exhausted woman sitting by the road being fanned by a couple of people and I even saw an unconscious man laying on the asphalt. We were lucky because we only had to do it once while some people had no choice but to repeat it another seven times. Just imagine how tiring it must be for an elderly to do that!”

Kira-kira dua jam berlalu sebelum kami sampai ke destinasi. Semuanya berjalan dengan lancar, alhamdulillah. Nasib kami baik pada hari ini kerana sewaktu kami dalam perjalanan untuk melontar itulah berlakunya tragedi rempuhan yang mengorbankan nyawa ramai jemaah haji.

Perjalanan pulang lebih cepat kerana kami menaiki tren. Kami tiba di khemah semula pada waktu tengah hari. Oleh kerana kami telah selesai melontar jamrah Aqabah, maka saya dan ayah saya telah menepati syarat untuk tahallul awal. Justeru, kami mencukur rambut kami. Malamnya, kami semua tidur bertemankan ngauman siren yang menerpa daripada luar.

Bersambung…

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s