11 Zulhijjah 1436

Hari ini kami bangun sebelum Subuh kerana kami dijadualkan pergi ke Masjid Al-Haram untuk menunaikan tawaf Ifadah. Bas yang membawa kami ke masjid ialah bas sama yang membawa kami ke sini dari Riyadh. Selesai menunaikan solat Subuh berjemaah, kami terus membuat tawaf. Disebabkan kami datang awal, kami dapat tawaf berdekatan dengan Kaabah.

Bas kami berhenti berdekatan dengan kawasan perkuburan kali ini. Di perkuburan inilah tempat Saidatina Khadijah disemadikan.

Setelah itu, kami pulang semula ke Mina dengan menaiki bas yang sama. Entah bagaimana, kami diturunkan di tempat yang salah dan harus berjalan sedikit untuk sampai ke khemah yang betul. Dalam perjalanan, kami lalu di bawah sebuah jambatan.

Saya terkejut dengan apa yang saya lihat di sekeliling saya ketika itu. Saya nampak ramai orang termasuk kanak-kanak sedang duduk di atas tanah dengan hanya beralaskan tikar plastik nipis. Ada daripada mereka yang sedang tidur atau memasak. Ada juga kanak-kanak yang sedang bermain dengan gembira. Sepanjang kami melalui kawasan itu, mata-mata yang ada di situ asyik memerhatikan kami seperti kami ini makhluk asing. Mujur kami tidak berada di situ untuk tempoh yang lama.

Pada sebelah petang pula, kami pergi melontar ketiga-tiga jamrah. Semasa kami menuju ke stesen tren untuk balik, kami berhenti di tepi kaki lima untuk solat Maghrib (ramai orang buat benda yang sama).

Bersambung…

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s