BLOG

Change of season

I wonder…

Does the change of season make you feel constantly tired too?

Summer is looming. The sun rises a few minutes earlier and sets a few minutes later each day. The weather is a bit unstable at the moment. Sometimes it’s really hot, sometimes it’s warm. Moreover, most of the days last week started with cloudy mornings. It’s probably going to be the last cloudy day until we get to see it again at the end of the year…

Continue reading Change of season

Advertisements

The Journey to the Edge of the World

On the 18th of February, my family and I along with a couple of family friends went on an excursion to the Edge of the World.

saudi_arabia_relief_location_map
The red line roughly indicates the location of Tuwaiq escarpment in Saudi Arabia. (Source: http://wiki.eanswers.com/de/Saudi-Arabie)

The Edge of the World is basically part of the approximately 800km long Tuwaiq escarpment running north-south in the middle of the Najd region of Saudi Arabia. We Riyadhis recognize it very well because we have to pass through the structure whenever we travel by road to Makkah (Route 40, at the outskirts of Riyadh city), Madinah (Route 65, shortly before Al-Ghat) or anywhere west of the country. However, despite the fact that I have seen it too many times, this does not mean that I do not experience the same level of euphoria each time we Continue reading The Journey to the Edge of the World

13 Zulhijjah 1436

Hari ini hari terakhir kami di Mekkah. Kami bertolak ke kompleks Jamrah sebelum Zohor kerana selepas itu kami perlu ke Masjid Al-Haram untuk melakukan tawaf Wida.

Disebabkan kami sampai sebelum waktu melontar (waktunya bermula selepas masuk waktu Zohor), kami menunggu di sebelah jamrah Al-Ula bersama beberapa puluh orang yang lain. Apabila azan selesai dikumandangkan, kami bangun dari tempat duduk kami di atas lantai dan melemparkan 7 biji batu ke jamrah tersebut.

Sesudah melontar kesemua jamrat dan mengemas barang, kami bertolak menaiki bas ke Masjid Al-Haram. Seperti selalu, kami diturunkan jauh dari masjid. Kali ini, kami berhenti di tempat parkir kenderaan. Dari situ, kami perlu menaiki bas yang kemudiannya akan berhenti di bawah Menara Al-Bait atau menara jam.

It was not as easy as it sounded. Kami hampir berputus asa apabila melihat situasi di tempat parkir kenderaan itu. Belum sempat bas berhenti, orang-orang yang berada di situ sudah berlari mengerumuni bas. Perangai yang sangat buruk bagi saya.

Sebelum meninggalkan Mina hari ini, saya sempat melihat kawasan di sekitar khemah. Saya rasa tak perlu saya beritahu apa yang saya nampak. Cukup saya katakan yang saya sangat terkilan selepas melihat semua itu. Saya betul-betul kecewa dengan perangai sebahagian besar jemaah haji yang tidak sabar dan tidak reti menjaga kebersihan. Malangnya, perangai-perangai tersebut masih kekal sampai saat saya menulis tulisan ini.

Berbalik kepada cerita di Masjid Al-Haram, kami akhirnya dapat menaiki bas setelah keadaan reda sedikit. Oleh sebab hampir masuk waktu Maghrib, kami dibenarkan untuk naik ke bumbung masjid sahaja. Kami sempat membuat dua pusingan sebelum masuk waktu solat. Selepas itu, kami cuba untuk turun ke tingkat bawah bagi menghabiskan pusingan yang selebihnya.

Sunset

A post shared by Asyraf (@asyrafmutalib) on

Gambar ini diambil ketika kami menunaikan tawaf Wida di bumbung Masjid Al-Haram.

Walaupun kami kembali ke bas pada waktunya, ada beberapa orang jemaah yang pulang lewat ke bas. Memang saya akui, dengan manusia yang begitu ramai, tempoh 3 jam yang diberikan untuk melakukan tawaf Wida tidak mencukupi. Kira-kira pukul 9 malam baru kami bertolak dari tempat bas berhenti untuk balik semula ke Riyadh.

 

12 jam kemudian, kami tiba di King Khalid Grand Mosque.

Tamat.


If you made it this far, thanks for reading! I hope you enjoyed and benefited from any of the posts in this series. It was really fun to get my brain working again. Seandainya ada apa-apa kesilapan, saya harap kalian maafkan.

P.S.: I would have love to put more pictures but I lost almost all of it when my phone stopped working (read A Smartphone and A Stupid Human).

11 Zulhijjah 1436

Hari ini kami bangun sebelum Subuh kerana kami dijadualkan pergi ke Masjid Al-Haram untuk menunaikan tawaf Ifadah. Bas yang membawa kami ke masjid ialah bas sama yang membawa kami ke sini dari Riyadh. Selesai menunaikan solat Subuh berjemaah, kami terus membuat tawaf. Disebabkan kami datang awal, kami dapat tawaf berdekatan dengan Kaabah.

Bas kami berhenti berdekatan dengan kawasan perkuburan kali ini. Di perkuburan inilah tempat Saidatina Khadijah disemadikan.

Setelah itu, kami pulang semula ke Mina dengan menaiki bas yang sama. Entah bagaimana, kami diturunkan di tempat yang salah dan harus berjalan sedikit untuk sampai ke khemah yang betul. Dalam perjalanan, kami lalu di bawah sebuah jambatan.

Saya terkejut dengan apa yang saya lihat di sekeliling saya ketika itu. Saya nampak ramai orang termasuk kanak-kanak sedang duduk di atas tanah dengan hanya beralaskan tikar plastik nipis. Ada daripada mereka yang sedang tidur atau memasak. Ada juga kanak-kanak yang sedang bermain dengan gembira. Sepanjang kami melalui kawasan itu, mata-mata yang ada di situ asyik memerhatikan kami seperti kami ini makhluk asing. Mujur kami tidak berada di situ untuk tempoh yang lama.

Pada sebelah petang pula, kami pergi melontar ketiga-tiga jamrah. Semasa kami menuju ke stesen tren untuk balik, kami berhenti di tepi kaki lima untuk solat Maghrib (ramai orang buat benda yang sama).

Bersambung…

 

10 Zulhijjah 1436

Sambil duduk di Muzdalifah, kami mengutip batu di sekeliling kami dan memasukkannya ke dalam botol. Batu-batu yang dikutip ini akan digunakan untuk melontar jamrah pada hari-hari yang akan datang.

Memandangkan kami datang sekeluarga, kami hanya duduk di situ lebih kurang sejam sebelum bangun untuk bergerak ke kompleks Jamrat bagi melontar jamrah Aqabah/Kubra. Walaubagaimanapun, hasrat kami tidak tercapai kerana tren tidak beroperasi ketika itu. Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk pulang semula ke Mina.

Selepas Subuh, kami bergerak ke stesen kereta api untuk ke kompleks Jamrat. Apabila kami sampai, stesen sudah dibanjiri dengan orang yang sedang menunggu giliran mereka untuk menaiki tren. Kelihatan semua tangga untuk naik ke platform padat dengan manusia. Terpaksalah kami tunggu lagi.

Setelah menunggu untuk tempoh yang agak lama, kami masih tidak bergerak dari tempat kami di bawah tangga. Orang yang di belakang pula asyik menolak kami untuk mara ke hadapan. Oleh sebab itu, kami memilih untuk berjalan kaki ke kompleks Jamrat.

Laluan yang kami ambil sedikit berbeza daripada laluan yang ditunjukkan dalam peta di atas.

Petikan daripada tulisan Hajj: An Eye-opening Pilgrimage:

“On the 10th of Dzulhijjah, my family and I had to travel about 6km on foot before arriving at the Jamarat. I have to admit, it wasn’t that difficult for me because I have grown used to walking—although it seemed like a never ending journey at that time! I witnessed many incidents that happened along the way. I remember seeing an exhausted woman sitting by the road being fanned by a couple of people and I even saw an unconscious man laying on the asphalt. We were lucky because we only had to do it once while some people had no choice but to repeat it another seven times. Just imagine how tiring it must be for an elderly to do that!”

Kira-kira dua jam berlalu sebelum kami sampai ke destinasi. Semuanya berjalan dengan lancar, alhamdulillah. Nasib kami baik pada hari ini kerana sewaktu kami dalam perjalanan untuk melontar itulah berlakunya tragedi rempuhan yang mengorbankan nyawa ramai jemaah haji.

Perjalanan pulang lebih cepat kerana kami menaiki tren. Kami tiba di khemah semula pada waktu tengah hari. Oleh kerana kami telah selesai melontar jamrah Aqabah, maka saya dan ayah saya telah menepati syarat untuk tahallul awal. Justeru, kami mencukur rambut kami. Malamnya, kami semua tidur bertemankan ngauman siren yang menerpa daripada luar.

Bersambung…

 

 

9 Zulhijjah 1436

Sarapan kami pada pagi ini ialah roti leper, keju, jem, dan buah-buahan. Mungkin biasa bagi orang lain, tapi sedap bagi saya.

Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, kami dinasihati untuk tidak keluar dari kawasan khemah yang kami diami oleh Ustaz yang mengetuai rombongan kami. Mendengar nasihatnya, kami duduk di dalam khemah sepanjang masa.

Khemah kami di Arafah terletak di salah sebuah petak di kawasan ini (tenggara titik merah).

Khutbah dimulakan sejurus masuknya waktu Zohor. Selepas itu, kami menunaikan solat berjemaah. Kemudian, kami membaca doa sendirian sehinggalah tempoh wukuf habis. Walaupun saya terpaksa berpanasan di dalam khemah sehingga air peluh tidak berhenti mengalir, saya tak nak hari itu berakhir. Jujur saya katakan, saya berasa agak sebak apabila berdiri di luar khemah untuk melihat matahari terbenam kerana hari ini sangatlah istimewa. Hal ini demikian kerana doa pada hari Arafah mustajab.

Oleh kerana tempoh wukuf sudah tamat, semua jemaah ingin meninggalkan kawasan khemah secepat mungkin. Walaupun langit belum gelap, kami sudah beratur di perkarangan kawasan khemah untuk keluar dari situ. Malangnya, kami tidak diberi keizinan untuk bergerak jadi kami solat dahulu dan tunggu di dalam khemah sehingga diberi lampu hijau untuk bergerak. Mujur pendingin hawa sudah kembali berfungsi kerana semenjak matahari naik siang tadi, kesejukan mesin tersebut langsung tidak terasa.

Perjalanan pulang dikawal ketat oleh pihak berkuasa untuk mengelakkan kesesakkan. Kami hanya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan terpaksa menunggu untuk tempoh yang lama sebelum boleh bergerak lagi. Lenguh kaki dibuatnya, tetapi bukan sebab penat berjalan, sebaliknya kerana penat berdiri lama!

Walaupun stesen kereta api dekat sahaja dengan khemah di Arafah, empat jam dihabiskan begitu sahaja sebelum kami boleh menaiki tren. Semasa menunggu tren di platform, saya diserang sakit perut. But there’s no turning back since I’ve come this far.

Dalam perjalanan ke stesen Muzdalifah 3, saya melihat banyak bas yang terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas dan kelibat orang yang berjalan ke arah yang sama dengan destinasi yang dituju oleh tren.

Saya sampai di khemah kami di Mina lebih kurang setengah jam sebelum tengah malam. Kami makan dahulu sebelum berangkat ke Muzdalifah. Pada masa ini saya sudah tidak ada selera untuk makan kerana kami sudah lewat untuk ke Muzdalifah. Saya sangka tempat itu jauh tetapi rupa-rupanya kami berjalan selama 4 atau 5 minit sahaja sebelum sampai ke destinasi. Apabila kami sampai, lautan mausia sudahpun wujud. Setelah memilih tempat dan membentangkan tikar, kami menunaikan solat Isyak.

Di sinilah tempat kami mabit semasa di Muzdalifah.

Bersambung…